Berapa lama kerja siap?+
PU Coating siap dalam 1 hari, Epoxy Marble Effect dan Epoxy Flake Coating dalam 1 hingga 5 hari, dan Epoxy Bond Mortar (HD), dengan atau tanpa PU Coating, purata 2 hingga 3 minggu ikut keluasan. Masa sebenar bergantung pada saiz dan keadaan lantai. Selepas kerja siap, lantai boleh dipijak selepas 12 jam.
Bila boleh pijak lantai?+
Lantai boleh dipijak selepas 12 jam. Kami beritahu cara menjaga lantai anda semasa serahan.
Bila bilik air atau toilet boleh digunakan semula?+
Bilik air atau toilet boleh digunakan semula selepas 12 jam.
Ada bau tidak? Perlu keluar rumah?+
Ada sedikit bau semasa kerja dan pada hari pertama, dan biasanya bau itu berkurangan dalam 1 hingga 3 hari jika tingkap dibuka dan kipas di-on-kan. Semasa kerja dan pada hari pertama, jauhkan kanak-kanak, ibu mengandung dan penghidap asma dari kawasan kerja. Selepas epoxy mengeras, lantai tidak lagi mengeluarkan bau yang kuat. Kalau ada ahli keluarga yang sensitif pada bau, beritahu kami supaya kita boleh rancang masa kerja bersama.
Boleh saya buat epoxy atas jubin lama tanpa pecah jubin?+
Boleh, jika jubin itu masih kukuh. Kami ketuk setiap jubin dahulu. Jubin yang kopong atau longgar perlu dibaiki, kerana epoxy di atasnya boleh retak atau tertanggal kemudian. Permukaan jubin juga diasah dan dibersihkan supaya epoxy melekat dengan baik. Jika lantai lembap dari bawah, kami beritahu anda dahulu.
Can you do epoxy flooring on tiles without breaking them? Yes, if the tiles are still solid.
Licin tidak bila basah?+
Epoxy Flake Coating kurang licin kerana permukaannya bertekstur, tetapi Epoxy Marble Effect licin dan berkilat, jadi boleh jadi licin bila basah. Untuk bilik air dan kawasan basah, kami cadangkan Epoxy Flake Coating. Kalau anda mahu Epoxy Marble Effect di kawasan yang mungkin basah, tanya kami tentang lapisan anti-gelincir.
Apa keburukan lantai epoxy?+
Lantai epoxy ada beberapa kelemahan yang anda patut tahu sebelum buat keputusan. Ada sedikit bau semasa kerja dan pada hari pertama. Anda perlu tunggu 12 jam sebelum memijak lantai atau menggunakan bilik air. Epoxy Marble Effect licin bila basah, dan epoxy biasa boleh berubah warna jika selalu kena matahari, jadi kami cadangkan jenis lantai yang sesuai untuk setiap kawasan. Epoxy juga perlukan asas yang kukuh: jubin yang kopong atau longgar perlu dibaiki dahulu, dan lapisan epoxy tidak semestinya membaiki bocor.
The downsides: some smell at first, a 12-hour wait before use, a glossy finish that is slippery when wet, and plain epoxy can yellow in the sun. We match the floor type to each area.
Boleh kena matahari? (contohnya surau atau beranda)+
Epoxy biasa boleh berubah warna atau jadi kekuningan jika selalu kena matahari, jadi untuk kawasan terbuka kami cadangkan Epoxy Bond Mortar (HD) + PU Coating. Lapisan atas PU melindungi lantai daripada cahaya matahari. Beritahu kami jika lantai anda di bawah cahaya matahari terus, supaya kami boleh cadangkan sistem yang betul.
Ada waranti? Lantai epoxy tahan berapa lama?+
Ada: waranti 1 tahun untuk PU Coating, Epoxy Marble Effect dan Epoxy Flake Coating, dan 3 tahun untuk Epoxy Bond Mortar (HD), dengan atau tanpa PU Coating. Jika dijaga dengan baik, lantai boleh tahan bertahun-tahun selepas tempoh waranti, dan lapisan atas boleh diperbaharui apabila haus. Kami terangkan apa yang dilindungi waranti sebelum kerja bermula.
Kalis air tidak? Bilik air saya bocor.+
Permukaan epoxy kalis air, tetapi lapisan epoxy tidak semestinya membaiki semua jenis bocor. Bocor boleh datang dari paip, longkang atau dinding. Beritahu kami dahulu supaya kami periksa punca bocor sebelum kerja dimulakan.
Macam mana nak jaga dan cuci?+
Cuci dengan air suam dan pencuci lembut, dan jangan guna peluntur, cuka, pencuci berasid atau berus dawai. Mop atau berus lembut sudah cukup untuk cucian biasa, dan lantai epoxy tidak perlu digilap. Lap tumpahan minyak atau bahan kimia dengan cepat supaya tidak berbekas.
Macam mana cara bayaran?+
Bayaran dibuat dalam tiga peringkat: deposit 60%, 30% semasa kerja berjalan, dan 10% selepas kerja siap. Deposit 60% untuk tempah tarikh dan bahan.